Terima kasih Allah pinjamkan suami sebaik Zainol Afiq – Isteri kapten

10 Sep 2026 • 9:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terima kasih Allah pinjamkan suami sebaik Zainol Afiq – Isteri kapten

PETALING JAYA – “Terima kasih Allah pinjamkan saya suami sebaik Zainol Afiq. Tunggu saya dan anak-anak dekat syurga.”

Demikian luahan rindu isteri Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, menerusi akaun Thread Izzatisyamimi hari ini.

Wanita itu berkongsi, tempoh tujuh tahun perkahwinan mereka disifatkan terlalu cepat.

“So weird (anehnya). Saya baca semua berkaitan awak sana sini. Tujuh tahun yang singkat dan terlalu cepat. So proud to be your wife (sangat bangga menjadi isteri awak). Your forever wife (selama-lamanya isteri awak),” katanya.

Pada hantaran lain, dia turut memuat naik gambar daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib memperlihatkannya sedang memangku anaknya.

“Anak awak memang tak kasi saya peluang untuk menangis langsung eh? Tolong jap settlekan (selesaikan) anak awak ‘daddy’, kolam air mata saya dah penuh ni. I nak take turn pula (saya nak ambil giliran pula).

“Malam ni both of them (mereka berdua) meraung. Sabar jap, saya tengah ambil turn (giliran) harap awak kuat tengok saya menangis ‘mendonia’. We love you daddy (kami sayang awak ‘daddy’),” katanya.

Terdahulu, lima mangsa nahas helikopter terhempas terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq serta empat petugas Kementerian Kesihatan iaitu Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Alexson Adit Henry, 31, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Helikopter BO-105S itu terhempas di hujung landasan terbang Long Lellang kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE

The post Terima kasih Allah pinjamkan suami sebaik Zainol Afiq – Isteri kapten appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved