Nahas helikopter: Jasad mendiang Alexson akan dibawa pulang selepas selesai bedah siasat - Adik mangsa

10 Sep 2026 • 1:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter: Jasad mendiang Alexson akan dibawa pulang selepas selesai bedah siasat - Adik mangsa
Selain Alexson, mangsa lain yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, serta dua jururawat Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

MIRI - Keluarga mendiang pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa, masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum menetapkan tarikh dan waktu penghormatan terakhir serta pengebumiannya.

Adik mendiang Annastasia Luyah Henry menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, pihak keluarga akan memaklumkan butiran lanjut mengenai urusan berkenaan sebaik sahaja keputusan bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital.

"Mendiang akan dibawa ke kediamannya di Desa Senadin di sini, selepas selesai proses bedah siasat," katanya mewakili isteri mendiang Stephanie Essah Incham serta seluruh ahli keluarganya.

Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Selain Alexson, mangsa lain yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, serta dua jururawat Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved