'Terima kasih atas doa semua' – Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik, mohon ruang untuk berehat

23 Oct 2026 • 10:35 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Terima kasih atas doa semua' – Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik, mohon ruang untuk berehat

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan di Gerik, Perak, bersama beberapa orang kakitangannya.

Berita berkenaan pastinya mengundang kebimbangan ramai, apatah lagi apabila melibatkan pendakwah yang dikenali masyarakat menerusi perkongsian ilmu dan dakwahnya.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan, dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi bersama beberapa orang staf terlibat dalam kemalangan berkenaan. 

Pemilik nama Mohamad Wadi Anuar Ayub itu dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan ringan.

"Kami memohon jasa baik semua agar memberi ruang kepada beliau untuk berehat. Buat sementara waktu, beliau belum menerima kunjungan ziarah.

Image from: 'Terima kasih atas doa semua' – Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik, mohon ruang untuk berehat

"Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan serta mempermudah segala urusan beliau dan semua yang terlibat," kongsinya.'

Artikel berkaitan: 

Terdahulu, laman sosial Facebook rasminya memohon orang ramai menitipkan doa demi keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua individu yang terlibat.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua yang terlibat.

“Semoga ALLAH SWT melindungi mereka, mengurniakan pertolongan serta mempermudah segala urusan.

“Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan tersebut.

Ustaz Wadi, 43, merupakan wajah yang tidak asing menerusi kuliah-kuliah agama dalam dan luar talian.

Beliau yang merupakan pengerusi  dan pengetua Akademik Darul Iftak, Sungai Petani, Kedah terdahulu muncul sebagai panel program keagamaan seperti Al-Kuliyyah dan Semusim Di Barzakh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved