Ustaz Wadi Annuar kemalangan, PM Anwar titip doa kesembuhan

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa agar pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menuju ke Gerik, Perak, awal pagi Jumaat.

Image from: Ustaz Wadi Annuar kemalangan, PM Anwar titip doa kesembuhan

Dalam hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan supaya urusan rawatan pendakwah berkenaan berjalan lancar serta diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian itu.

“Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.
“Moga ALLAH SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.
“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Wadi Annuar bersama seorang lagi ustaz dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di kawasan Air Banun, Tasik Banding.

Pembantunya, Mohd Amir Faizal berkongsi perkembangan tersebut menerusi rakaman video di Facebook dari Hospital Gerik kira-kira jam 4.10 pagi.

Menurut Mohd Amir, kenderaan yang membawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa individu lain bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terpelanting dan mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang.

Image from: Ustaz Wadi Annuar kemalangan, PM Anwar titip doa kesembuhan

Beliau memaklumkan, Ustaz Wadi Annuar yang berada di tempat duduk belakang mengadu sakit pada bahagian dada dan perut, manakala seorang lagi ustaz mengalami kecederaan pada lutut serta dagu.

“Ustaz Wadi Annuar mengadu sakit di bahagian dada dan perut kerana duduk di tempat duduk belakang ketika kejadian, manakala seorang lagi ustaz mengalami kecederaan di bahagian lutut dan dagu.
“Kedua-dua mereka kini berada di hospital dalam keadaan stabil, boleh bercakap, dan telah dibawa ke bilik X-ray untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya..

Dalam perkongsian sama, Mohd Amir berkata, mangsa daripada sebuah lagi kenderaan dilaporkan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan.

Katanya, pihak pengurusan akan berkongsi maklumat lanjut mengenai keadaan mereka dari semasa ke semasa.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved