Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Komen Sinis Pelakon Mengenai Tiada Ucapan Daripada Persatuan Curi Perhatian

30 Jun 2026 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mewakili kontinjen Selangor.

Bukan itu sahaja, Rayyan turut membawa pulang pingat perak bagi acara 100 meter dan pingat gangsa dalam acara 200 meter, sekali gus membuktikan prestasi cemerlangnya dalam kejohanan tersebut.

Advertisement

sf

Menurut Rita, kejayaan itu merupakan hasil dedikasi, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Rayyan sepanjang menjalani latihan.

Bagaimanapun, satu perkongsian Rita di media sosial turut menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu seolah-olah menyindir kerana mendakwa tiada sebarang ucapan atau penghargaan diterima daripada pihak persatuan.

View this post on Instagram

“Update dan ucapan dr PERSATUAN? TIADA!”

Komen ringkas itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas pencapaian Rayyan serta memuji usaha dan sokongan Rita terhadap perkembangan anaknya dalam bidang sukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Komen Sinis Pelakon Mengenai Tiada Ucapan Daripada Persatuan Curi Perhatian2026-06-30 11:34:29

“Saya Tak Tahu Apa Yang Salah Dan Betul…” – Fatiya Latiff

The post Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Komen Sinis Pelakon Mengenai Tiada Ucapan Daripada Persatuan Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved