'Terima kasih ibu lahir & jaga Hawra.' Ucapan Kamal Adli sempena ulang tahun kedua anak undang sebak

EntertainmentFamily & Parenting
27 Apr 2026 • 10:26 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Terima kasih ibu lahir & jaga Hawra.' Ucapan Kamal Adli sempena ulang tahun kedua anak undang sebak

KASIH sayang seorang ayah tidak pernah terhenti, walau jarak dan keadaan memisahkan. Itulah yang dizahirkan pelakon Kamal Adli apabila menitipkan ucapan penuh emosi buat anak tunggalnya, Hawra Uqaira, sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua.

Menerusi perkongsian di media sosial, Kamal meluahkan rasa rindu dan kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap si kecil, meskipun tidak dapat berada di sisi pada hari istimewa tersebut.

"Selamat ulang tahun kedua sayang, maaf ayah tak ada di sini time birthday Hawra ni. 

"Cari rezeki jauh sikit ALLAH bagi. Ayah love you so much. Miss u soo much. 

"Maaf tahun ini lain sikit dari tahun lepas tapi ayah doa Hawra jadi anak solehah, bijak dan sihat," kongsinya.

Image from: 'Terima kasih ibu lahir & jaga Hawra.' Ucapan Kamal Adli sempena ulang tahun kedua anak undang sebak

Memuat naik kompilasi video bersama Hawra sejak usia bayi, Kamal sempat menitip penghargaan buat bekas isteri, aktres Uqasha Senrose.

"Terima  kasih ibu lahirkan dan jaga hawra. ALLAH sahaja yang dapat membalas," kongsinya.

Warganet menerusi ruangan komen berkongsi ucapan hari lahir buat si kecil. Hantaran berkenaan tidak ketinggalan rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

"Hawra Uqaira lahir daripada cinta ayah dan ibu. Semoga yang baik-baik saja. Comelnya Hawra ikut ayah."

Image from: 'Terima kasih ibu lahir & jaga Hawra.' Ucapan Kamal Adli sempena ulang tahun kedua anak undang sebak

"Happy birthday Hawra Uqaira. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan disayangi semua orang. Jangan lupa ayah dan ibu Hawra yang sentiasa menyayangi Hawra."

"Aduh caption Kamal buat aku sebak pula."

"Sebak sangat tengok video & kapsyen awak. Semoga Hawra sihat selalu dan dapat berkumpul dengan ayah dan ibu."

Sekadar info, Hawra Uqaira dilahirkan pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara dengan berat 2.72 kilogram.

Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.

Sumber: Instagram

 

 

View Original Article