“Terima Kasih Ingat Arwah” – Zizie Izette Sebak Terima Surat Takziah Dari PM Anwar Ibrahim

LocalFamily & Parenting
12 Dec 2025 • 12:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette terus menerima sokongan moral dalam tempoh berduka selepas pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada 5 Disember 2025.

Terbaharu, beliau berkongsi sepucuk surat takziah yang diterima daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA: “Saya Harap Saya Ada Sedikit Lagi Masa Untuk Peluk Dan Berterima Kasih” – Zizie Izette

Surat takziah PMX beri kekuatan buat Zizie

Dalam perkongsian di Instagram Stories, Zizie berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas kata-kata sokongan yang diberikan.

image is not available

Tambahnya, surat tersebut sedikit sebanyak menenangkan hati dan mengingatkan bahawa mereka sekeluarga tidak berseorangan menghadapi kehilangan perit ini.

Dalam surat tersebut, Perdana Menteri menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham dan menyifatkan Bung Moktar sebagai individu berjiwa besar yang jasanya amat dihargai negara.

Beliau turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Luahan pilu Zizie Izette pada hari ketujuh tahlil

Selain surat takziah, Zizie turut berkongsi luahan jujur mengenai emosinya sepanjang tujuh hari kehilangan insan tersayang.

image is not available

Beliau menggambarkan bagaimana dirinya perlahan-lahan cuba menerima hakikat kehilangan itu.

What I’m about to say doesn’t mean I miss you any less. It’s been seven days since you left. And today… I find myself smiling a little more, laughing a little louder. My heart feels a little lighter. Not because the love has faded, but because I’m slowly accepting that you’re really gone… and I want you to see me a little happier.

Beliau mengakui dirinya berusaha menjadi lebih kuat demi arwah. Beliau sedar arwah juga mesti tidak mahu dia bersedih sepanjang masa.

Dalam luahan yang sama, Zizie turut mengenang sifat baik arwah yang baik, pemurah dan pemaaf.

Pssttt! Oh! Media benar-benar tersentuh membaca luahan Zizie yang sedang berusaha bangkit daripada kesedihan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Zizie terus tabah meneruskan kehidupan.

Kredit: Instagram Zizie Izette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Terima Kasih Ingat Arwah” – Zizie Izette Sebak Terima Surat Takziah Dari PM Anwar Ibrahim appeared first on Oh! Media.