“Terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya” – Aslam Bagi Umisya Hadiah Gelang Emas Putih RM 7,000 Sempena Anniversary

31 Jul 2026 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft aslam anniversary

Pempengaruh Aslam kini sedang menjadi tumpuan netizen selepas melihat hantarannya di TikTok yang menunjukkan dirinya sedang mencari hadiah buat isteri, Umisya Mazlan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dalam video tersebut dilihat Aslam sedang membeli barang kemas berupa gelang kepada Umisya yang dikatakan harganya mencecah lebih daripada RM 7,000 sebelum dilihat meluangkan masa bersama anak-anak dan isteri di taman permainan.

Artikel berkaitan : Tidak Ulas Panjang, Ini Yang Abby Abadi Ucapkan Selepas Marissa & Aslam Sah Bercerai

Artikel berkaitan : Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar

“Happy anniversary to wife, terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya.” – Aslam

Malah, Aslam juga dilihat membawa isterinya makan malam di sebuah restoran mewah dan romantik bagi meraikan hari ulang tahun perkahwinannya itu.

Turut dilihat Umisya hampir menangis kerana terharu selepas menerima kejutan hadiah gelang tersebut daripada Aslam.

Menjengah ke ruangan lain, ramai netizen yang memuji sikap Aslam yang kembali setia bersama Umisya bahkan ada yang mendoakan hubungan mereka berkekalan hingga ke Jannah.

Aslam anniversary aslam anniversary 2 aslam anniversary 3

Rumah tangga antara Aslam dan Umisya pernah menjadi perhatian orang ramai selepas Aslam mengesahkan perkahwinan kedua bersama Marissa Dania Hakim sebelum mereka sah bercerai baru-baru ini.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved