“Terima kasih” – Mat Kilau Masih ‘Hot’, Syamsul Yusof Tak Sangka Kutipan Kini Cecah RM17 Juta

Entertainment
12 Jul 2022 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Inilah terjadi apabila bangsa sendiri berpecah. Orang asing mudah mengambil kesempatan. Bila ditakutkan mati, kezaliman di depan mata dihalalkan.

Korang yang dah layan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mesti tahu dialog yang disampaikan oleh Dato’ Adi Putra ni kan? Memang menusuk di kalbu lah orang kata! Min yang dah tengok pun, rasa nak tengok kali kedua. Hihihi…

Terkini menurut Harian Metro, Mat Kilau terus mencipta sejarah sendiri apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM71 juta dalam masa 12 hari tayangan sejak 23 Jun lalu.

image is not available

“Terima kasih penonton”

Pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof berkata kejayaan itu berjaya diperoleh kerana mendapat sambutan yang hangat dari penonton malah menyifatkan momentum Mat Kilau masih relevan sehingga ke hari ini.

“Kutipan setakat semalam (Sabtu) dah dapat RM68 juta. Kalau masuk sekali dengan hari ni (semalam) kutipan Mat Kilau dah cecah RM71 juta. Mungkin sebab cuti, pawagam masih penuh. Momentum filem ni kuat” – Ujar Syamsul Yusof

“Atasi beberapa filem box office dunia”

Tambah Syamsul lagi, dia tak menjangkakan sambutan turut diberikan dari golongan intelektual seperti doktor, pensyarah malah Sultan Selangor sendiri iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah meminta agar rakyat mengambil manfaat dari filem tersebut untuk kembalikan jati diri Melayu.

image is not available

Difahamkan sebelum ini Syamsul hanya menyasarkan kutipan akan capai RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan pada 9 Julai lalu. Ekoran itu, Mat Kilau ini juga berjaya mengatasi beberapa filem blockbuster seperti Munafik 2, Avengers: End Game dan Spiderman: No Way Home.

Ada yang dah repeat kali kedua ke?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.