“Terima Kasih..” – Park Boyoung Menangis Ketika Siaran Langsung Di Weverse, Rupanya Ini Sebabnya

EntertainmentMusic
12 Nov 2024 • 10:51 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Setiap artis pastinya terharu kan bila ada peminat yang tak pernah berhenti menyokong mereka.

Begitu juga dengan Park Bo-young yang baru-baru ini telah meluangkan masa bersama peminat, menerusi siaran langsung di laman Weverse.

Selain berborak dan menceritakan tentang perkembangan terkininya, pelakon itu juga sempat membaca surat yang ditulis oleh salah seorang peminatnya yang berbunyi,

Saya tak tahu bila surat ini akan sampai kepada awak tetapi hari ini, semasa saya menulis surat ini dan pada hari apabila awak akan membacanya dan pada hari-hari selepas itu, saya akan sentiasa menyokong awak semasa awak sedang melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Terima kasih kerana wujud.

Terharu dengan mesej yang ditulis, Park Bo-young terus berasa sebak dan dilihat mengelap air matanya.

Menurut peminat yang menonton siaran langsung itu, selepas selesai membaca surat tersebut, Park Bo-young pergi keluar dari skrin sebentar dan kemudian kembali dengan matanya yang merah.

Mestilah terharu kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.