“Terima Kasih Sayang” – Fazley Yaakob Terharu Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Temaninya

Entertainment
19 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Vida sanggup pulang awal dari China demi menemani Fazley Yaakob mendapatkan pemeriksaan doktor selepas mengalami kecederaan ketika bermain badminton.
  • Fazley terharu dengan layanan Vida yang sanggup meninggalkan sesi penggambaran untuk menjaganya, termasuk menyediakan makanan dan menyuapnya.
  • Pemeriksaan doktor bakal menentukan sama ada Fazley boleh menyertai kejohanan badminton yang dirancangnya atau perlu berehat.
  • Vida mengakui terkejut apabila mengetahui Fazley cedera, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang saling merindui di tengah kesibukan masing-masing.

Penyanyi, Datuk Fazley Yaakob terharu dengan pengorbanan teman wanitanya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida, yang sanggup pulang lebih awal dari China demi menemaninya mendapatkan pemeriksaan doktor.

Menurut laporan mStar, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata Vida sepatutnya berada di China atas urusan tertentu. Namun, wanita itu mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia selepas dia mengalami kecederaan ketika bermain badminton.

Sanggup demi Fazley Yaakob?

Image from: “Terima Kasih Sayang” – Fazley Yaakob Terharu Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Temaninya

Menurut Fazley, pemeriksaan doktor yang dijadualkan pada Isnin akan menentukan sama ada dia boleh menyertai kejohanan badminton yang dirancangnya atau sebaliknya.

Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tidak berada di Malaysia, dia perlu ke China.

Tapi Vida sanggup balik awal, bukan kerana untuk menyokong acara ini (AMT 2026) sahaja, tetapi akan menemani saya untuk berjumpa dengan doktor esok (Isnin).

Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya. Pemeriksaan itu nanti akan tentukan sama ada saya boleh main badminton untuk kejohanan tersebut ataupun tidak, berdebar juga.

Fazley berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad.

Layanan Datuk Seri Vida buat Fazley rasa dihargai?

Fazley Yaakob Dato Seri Vida

Dalam pada itu, Fazley mengakui semakin tersentuh dengan keprihatinan Vida yang sanggup meninggalkan sesi penggambaran demi memastikan keadaannya baik-baik sahaja.

Malah, pelantun lagu Asmara Ini itu menyifatkan layanan diberikan Vida membuatkan dirinya berasa cukup dihargai.

Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan dia datang untuk tengok saya.

Saya rasa dia sangat sweet. Bagi makan, suap makan, basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang.

Sekarang ini memang dia tengah jaga saya. Sanggup balik awal, tinggalkan program dan live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga.

The post “Terima Kasih Sayang” – Fazley Yaakob Terharu Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Temaninya appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved