“Terima Kasih Sek Mu” – Juara Dunia, Aliff Rakib Bangga Bawa Pulang Belt ONE Championship Ke Malaysia

25 Jul 2026 • 10:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Petarung Muay Thai negara, Aliff Rakib meluahkan rasa syukur apabila berjaya membawa pulang tali pinggang kejuaraan ONE Championship ke tanah air.

Luahan itu dikongsi Aliff menerusi hantaran di Facebook selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Kemenangan terbesar buat Malaysia

Aliff turut berterima kasih di atas sokongan serta doa seluruh rakyat Malaysia sehingga beliau berjaya membawa kemenangan terbesar dan pertama buat Malaysia.

Alhamdulilah orang Malaysia, aku boleh bawa balik belt di tanah Malaysia. Syukur alhamdulilah terima kasih yang mana doakan aku. Terima kasih aku boleh bawa balik belt ke Malaysia. Terima kasih sek mu.

Tidak cukup dengan itu, Aliff turut berkongsi gambar tali pinggang kejuaraan bersama jersi dan seluar pertarungannya.

aliff rakib

Kemenangan tersebut nyata menjadi detik bersejarah apabila Aliff dilaporkan menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi gelaran dunia ONE Championship selepas menundukkan Sam-A menerusi KO pada pusingan kelima.

Difahamkan, kejayaan itu turut hadir dengan bonus AS$50,000, bersamaan kira-kira RM204,570

The post “Terima Kasih Sek Mu” – Juara Dunia, Aliff Rakib Bangga Bawa Pulang Belt ONE Championship Ke Malaysia appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved