Terima kasih sokongan tiada tandingan: Hazard

7 Dec 2022 • 8:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Eden Hazard - Foto EPA

BINTANG Belgium, Eden Hazard mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa selepas The Red Devils tersingkir dari Piala Dunia Qatar 2022.

Hazard mengambil keputusan itu selepas berbakti bersama Belgium selama 14 tahun kerana mahu memberi tumpuan kepada karier di Real Madrid.

Bekas tonggak Chelsea berusia 31 tahun itu membuat pengumuman kepada 27.2 juta pengikut Instagramnya.

“Terima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua detik gembira yang telah kami kongsikan sejak tahun 2008.

“Hari ini saya memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya sebagai pemain antarabangsa. Generasi seterusnya sudah bersedia. Saya akan sangat merindui awak.”

Beliau membuat penampilan pertama bersama Belgium ketika berusia 17 tahun ketika menentang Luxembourg pada 19 November 2008.

Hazard memakai lilitan kapten sebanyak 56 kali untuk negaranya memiliki 126 penampilan antarabangsa menjaringkan 33 gol dan 36 bantuan gol.

Sementara itu, rakan sepasukan Hazard, Michy Batshuayi berkata, “Legenda, terima kasih untuk semuanya bro.”

Rakan sepasukan di Real Madrid, Vinicius Jnr menggelar Hazard sebagai legenda manakala rakan senegaranya dari Belgium, dan rakan sepasukan Real Madrid, Thibaut Courtois menulis mesejnya dalam emoji dengan satu hati merah dan satu muka sedih.

Jan Vertonghen, Kevin Mirallas, Jeremy Doku dan Axel Witsel juga memberi penghormatan kepada 'abang' mereka atas sumbangannya kepada Belgium sejak 14 tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved