Terima kasih wira, wirawati kesihatan negara – Dr. Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
11 Nov 2026 • 1:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terima kasih wira, wirawati kesihatan negara – Dr. Dzulkefly

PETALING JAYA – Pengorbanan warga Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan kepada rakyat wajar dihargai, meskipun jasa mereka tidak selalu mendapat perhatian umum.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pengiktirafan dan penghargaan rakyat merupakan suntikan motivasi serta penguat semangat kepada seluruh warga kerja KKM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

Menurutnya, petugas kesihatan di hospital, klinik kesihatan serta kawasan pedalaman terus menabur bakti tanpa mengenal penat lelah dengan penuh dedikasi, empati dan ihsan demi kesejahteraan pesakit.

“Di sebalik setiap nyawa yang diselamatkan, ada pengorbanan yang tidak terlihat; di sebalik setiap kesembuhan, ada keikhlasan dan perjuangan yang tidak selalu mendapat penghargaan.

“Bahkan, ada dalam kalangan mereka yang telah mengorbankan nyawa sendiri ketika menunaikan amanah dan tanggungjawab yang begitu berat lagi mulia ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, khidmat warga KKM bukan sekadar pekerjaan, sebaliknya merupakan amanah kemanusiaan dan satu bentuk pengabdian yang tidak ternilai harganya.

Tambahnya, meskipun pujian dan penghargaan rakyat tidak seharusnya menyebabkan KKM leka atau berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, pengiktirafan sewajarnya mampu menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan.

“Buat seluruh warga KKM, jasa kalian mungkin tidak selalu disebut, pengorbanan kalian mungkin tidak selalu terlihat, namun bakti kalian tetap terpahat dalam kehidupan dan sanubari rakyat yang disantuni.

“Terima kasih, wira dan wirawati kesihatan negara. Semoga Allah SWT merahmati segala pengorbanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Terima kasih wira, wirawati kesihatan negara – Dr. Dzulkefly appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved