Terima rasuah RM23,000, inspektor polis dipenjara sebulan dan denda

LocalPolitics
2 Nov 2025 • 5:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 NOV: Pegawai polis berpangkat Inspektor dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM23,000.

Tertuduh, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, turut berdepan hukuman dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Azhar Othman selepas tertuduh mengaku bersalah bagi satu pertuduhan pilihan, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima rasuah RM15,000, manakala bagi pertuduhan kedua didakwa menerima wang tunai RM8,000 melalui pindahan ke akaun pihak ketiga sebelum dipindahkan ke akaun miliknya isterinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 26 Februari 2021 di institusi perbankan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Khairul Faiz mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif kedua, manakala bagi pertuduhan pertama diambil pertimbangan atau Take Into Consideration (TIC) selaras peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula hari ini

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved