
PELAKON dan penerbit terkenal Sheila Rusly berkongsi bahawa sepanjang lebih 30 tahun bergelar isteri, dia tidak pernah meminta ibu mentuanya menyediakan makanan tertentu untuknya.
Namun begitu, Sheila mengakui berasa bahagia apabila dikurniakan menantu yang selesa berkongsi keinginan mereka terhadap makanan.
Perkara itu dikongsikan selepas seorang pengguna di Threads bertanya sama ada ibu mentua mengetahui makanan kegemaran menantu mereka, selain turut berkongsi pengalaman sendiri berkaitan hal tersebut.
Sheila berkata, dia gemar bertanyakan kepada dua menantunya, pelakon Elisya Sandha dan Beatrice Chitra tentang hidangan yang mereka mahu sebelum masuk ke dapur menyediakan sajian keluarga.

"30 tahun kahwin tidak pernah request sebab mak mentua tidak pernah tanya.
“Alhamdulillah Syukur sebab ALLAH kirimkan menantu yang suka request dan kita pula suka tanya.' Sya , Trive hendak makan apa hari ini? Saya memang suka tanya mereka, hari ini nak makan apa?
“Teringin apa-apa tak? Mama boleh masakkan,” titipnya.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh melihat layanan penuh kasih Sheila terhadap menantu-menantunya.
Ramai turut menyifatkan Sheila sebagai contoh ibu mentua yang penyayang dan memahami, malah ada yang berharap dapat menjadi sepertinya apabila menerima menantu pada masa akan datang.
Sekadar info, Sheila memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail hasil perkahwinanya dengan pengarah serta penerbit televisyen, Jinggo.
Personaliti berusia 54 tahun itu juga memiliki dua menantu perempuan iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Valeria Chitra serta dua cucu.





