Terjatuh Dalam Longkang Masa Hujan Lebat, Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas

29 Apr 2026 • 10:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat di Lorong Cakera Purnama 12/27, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, pada Selasa.

image is not available

Foto: FB Lim Chong Mok

Menurut laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.47 malam.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya segera digerakkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima.

“Sebaik tiba, anggota bertugas dimaklumkan orang awam bahawa mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat,” katanya malam tadi.
image is not available

Foto: JBPM Selangor

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan mangsa.

Sumber: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)

The post Terjatuh Dalam Longkang Masa Hujan Lebat, Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved