‘Terkapai di lebuh raya’ – Alphard Abby Abadi dilanggar dari belakang

LocalEntertainment
3 Aug 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Terkapai di lebuh raya’ – Alphard Abby Abadi dilanggar dari belakang

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat pelakon sensasi, Abby Abadi apabila kenderaannya dilanggar arah belakang ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Singapura.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, tidak menyedari dilanggar kerana menyangka tayar keretanya pecah.

“Dalam perjalanan balik Kuala Lumpur (KL) dari Singapura. Leka mencari tempat nak solat Subuh.

“Tiba-tiba ada yang langgar dari belakang! Memang terkejut sangat-sangat.

“Mula-mula ingat tayar pecah. Berhenti tepi ada abang motor datang, kata ada kereta lain langgar tapi serius — tak sedar sebab dalam gelap,” katanya dalam Threads.

Menceritakan lanjut, anggota kumpulan Elite itu meluahkan rasa kesal apabila individu yang didakwa melanggarnya beredar tanpa bertanggungjawab atas kecuaiannya.

“Pendekkan cerita, pemandu kereta yang langgar itu datang tengok gitu gini, lepas itu dia cakap tuntut insurans.

“Nak buat macam mana lagi. Selepas itu dia cakap ‘Okey la ya kak’ dan dia ‘blah’.

“Kami kereta tak boleh jalan, terkapai-kapai tengah lebuh raya ini tunggu bantuan Plus Malaysia Berhad (Plus). Macam itu saja ke kalau dah langgar orang?,” soalnya.

Menerusi foto yang dikongsikan Abby, kereta yang melanggar kenderaannya adalah jenis Perodua Myvi yang dilihat rosak teruk pada bahagian kiri hadapan.

Manakala, keretanya kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard turut remuk di bahagian bawah kanan akibat pelanggaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Terkapai di lebuh raya’ – Alphard Abby Abadi dilanggar dari belakang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved