“Siapa je yang bercerita kalau bukan Memey kan?” – Abby Abadi persoal dakwaan umrah naik kelas perniagaan

Entertainment
14 Jul 2026 • 12:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Abby Abadi sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati selepas seorang individu yang didakwa kenalan rapat kepada Memey Suhaiza tampil mencampuri urusan keluarganya, sekali gus mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Nafi nak umrah naik kelas perniagaan

Image from: “Siapa je yang bercerita kalau bukan Memey kan?” – Abby Abadi persoal dakwaan umrah naik kelas perniagaan

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendakwa individu berkenaan tidak mengetahui situasi sebenar, namun tetap tampil memberikan pandangan serta mempertahankan pihak tertentu sehingga mengguris hatinya.

Image from: “Siapa je yang bercerita kalau bukan Memey kan?” – Abby Abadi persoal dakwaan umrah naik kelas perniagaan

“Kawan baik Memey sibuk ‘update’ itu dan ini, akhirnya mengumpat juga di belakang. Baguslah tulis begini, senang saya jawab.
“Isunya sekarang, saya menuntut nafkah makan, minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak. Saya cuma mahukan keadilan kerana anak-anak sudah besar dan keperluan mereka semakin banyak.
“Kalau saya tidak bersuara, memang berkira sungguh dengan anak-anak. Cerita tentang bersalin dan beranak saya bangkitkan kerana mahu orang tahu dia memang berlaku zalim sejak dahulu lagi,” katanya menerusi hantaran Instagram

Ibu kepada enam cahaya mata itu turut mempersoalkan tindakan individu terbabit yang hanya berkongsi sisi baik Memey, sedangkan terdapat perkara lain yang didakwa tidak diketengahkan.

Image from: “Siapa je yang bercerita kalau bukan Memey kan?” – Abby Abadi persoal dakwaan umrah naik kelas perniagaan

“Banyak lagi cerita belum habis. Awak cakap Memey baik, selalu belanja makan, pernah datang buat siaran langsung di pejabat, bawa anak-anak menginap di hotel. Itu sahaja?
“Kenapa tidak cerita pasal anak saya terpaksa letak beg di luar rumah? Kenapa tidak cerita pasal beg anak dipunggah dan kemudian diburukkan kepada orang lain? Itu semua tak mahu kongsi?,” soalnya.

Dalam pada itu, Abby turut menafikan dakwaan dirinya mahu menyertai ibadah umrah menggunakan tiket kelas perniagaan, sambil menyifatkan perkara tersebut sebagai satu fitnah.

“Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan.
“Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.
“Mulut siapa yang bawak cerita ni? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?,” jelasnya.

Menerusi satu lagi hantaran, pelakon drama Gerak Khas itu sekali lagi meluahkan rasa kecewa terhadap individu berkenaan yang didakwa terlalu bersungguh mempertahankan rakannya tanpa mengetahui keseluruhan kisah.

Image from: “Siapa je yang bercerita kalau bukan Memey kan?” – Abby Abadi persoal dakwaan umrah naik kelas perniagaan

“Kawan terpaling nak membela. Seronoklah sebab selalu dibelanja. Dulu bukan macam itu pun. Belakang-belakang tetap mengumpat juga, jangan ingat tak ada orang sampaikan.
“Kalau dia layan baik anak Norman sekali pun, apa masalah awak? Bukan anak saya seorang sahaja. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam. Datang depan mata kalau berani,” tegasnya.

Artikel lain: Trauma! Abby Abadi luah perit, pendam luka bertahun-tahun -“Mamamu ini berjuang sendiri…”

Sebelum ini, media sosial menjadi perhatian selepas seorang individu yang dipercayai rakan kepada Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby mahu diberikan layanan istimewa termasuk dakwaan meminta penginapan di hotel mewah, menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan serta sering mempersoalkan layanan yang diterimanya daripada orang sekeliling.

Sumber: Instagram abbyabadi_112

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved