Kenderaan dirempuh, Abby Abadi kesal ‘disidai’ tepi jalan

3 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kenderaan dirempuh, Abby Abadi kesal ‘disidai’ tepi jalan

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mendedahkan bahawa dia berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta dari belakang ketika dalam perjalanan pulang dari Singapura ke ibu negara, awal pagi tadi.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata, insiden berkenaan berlaku sewaktu dia sedang mencari tempat untuk menunaikan solat Subuh dalam keadaan persekitaran yang masih gelap.

Menurut Abby, dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu berkenaan yang terus beredar selepas hanya memeriksa kenderaannya secara ala kadar.

“Dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur dari Singapura. Tidak pasal-pasal kena sidai di jalan besar dua ke tiga jam.

“Yang langgar itu sudah jalan dulu, tuntut insurans sahaja katanya. Semudah itu ya?,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Dalam pada itu, Abby berkongsi pemandu yang melanggar kenderaannya itu mengakui mengantuk ketika kejadian berlaku.

Bagaimanapun, dalam hantaran sama, Abby memaklumkan dia sempat menyimpan maklumat penting seperti nombor pendaftaran kenderaan serta nombor telefon pemandu terbabit untuk tindakan lanjut.

“Kereta yang langgar itu, orang Shah Alam. Dia mengaku dia mengantuk. Teragak-agak mahu ambil gambar dia tadi. Tapi nombor kereta dan nombor telefon adalah,” katanya.

The post Kenderaan dirempuh, Abby Abadi kesal ‘disidai’ tepi jalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved