“Terkejut anak sudah meninggal dunia” – Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata

Entertainment
11 Jun 2024 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar, baik dari bahan kimia ataupun bakteria.

Terbaru, seorang remaja berusia 17 tahun menemui ajal akibat keracunan makanan selepas dipercayai makan telur mata.

Menurut laporan Harian Metro, bapa kepada mangsa yang hanya dikenali sebagai Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.

image is not available

“Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin dan dimakan kami lima beranak,” katanya.

Menurut Kamal, arwah makan paling banyak iaitu dua biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut hingga hari ini.

“Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.

Saya difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit,” katanya lagi.

Satu lagi kes kematian berhubung keracunan makanan di lokasi sama telah disahkan di mana mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang merupakan anak kepada pengawal keselamatan sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Chinchin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.