SK Temin tunjuk semangat bersaing pertandingan lompat tali berirama

7 Oct 2026 • 6:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SK Temin tunjuk semangat bersaing pertandingan lompat tali berirama

WALAUPUN menduduki tempat ketiga dalam pertandingan lompat tali berirama terbuka peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sunsuria Forum Hall, Setia Alam, Selangor baru-baru ini, namun pasukan Temin Jumpers lelaki dan perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Temin, Jerantut berbanggsa dapat mengharumkan nama daerah dan Pahang dalam acara tersebut.

SK Temin mengiringi pasukan Black Eagle Jumpers dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ringlet, Cameron Highlands muncul johan dalam Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2026, manakala naib johan disandang oleh SK Kampung Sawah, Negeri Sembilan.

Bercakap kepada Utusan Pelajar, Guru Besar SK Temin, Jerantut, Jamalludin Baharun berkata, pasukan Temin Jumpers yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan tujuh perempuan menunjukkan kesungguhan dan semangat berpasukan antara kunci kejayaan di tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

“Pasukan lompat tali sekolah sebelum ini pernah muncul tempat ketiga peringkat Kebangsaan pada 2023, tempat kedua (2024), tempat kedua lelaki campuran dan kelima, perempuan (2025).
Pengalaman ini cukup bermakna untuk murid berkenaan berusaha dan menambah kemahiran lagi bagi mencetak pencapaian terbaik pada kejohanan yang sama tahun hadapan.

“Kita juga pernah mengambil bahagian dalam program  Program HePiLI (Health Promotion in Learning Institutions) peringkat daerah Jerantut dan Pahang dan pernah muncul johan bagi peserta lelaki dan perempuan sejak 2023 sehingga tahun ini,” katanya di SK Temin, Jerantut baru-baru ini.

Ujarnya, di sebalik kejayaan itu, pasukan lempat tali berirama sekolah di bawah tunjuk ajar guru yang juga jurulatih berpengalaman, iaitu Nurazlinda Mohamad Ramli, Adleen Lina dan Nur Ilyani A. Rozak serta sokongan guru pengiring, Aminuddin Osman.-UTUSAN

 

 

 

 

 

The post SK Temin tunjuk semangat bersaing pertandingan lompat tali berirama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved