Terkesan Kes Dr Say, Catriona Ross Tak Beri Kepercayaan Pada Maid - “Betapa Baik Pun Kita Layan, Tidak Menjamin Akan Dihormati”

1 Aug 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Catriona Ross merupakan antara artis yang terkesan selepas mengetahui kes mengenai pembantu rumah doktor selebriti, Dr Say.


Tak beri kepercayaan

Disebabkan itu Catriona juga berpendapat seeloknya tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumah untuk menguruskan keluarga.

“Setuju! Tak sepatutnya kita memberi kepercayaan kepada pembantu rumah atau tukang cuci.

"Daripada pengalaman saya sendiri pun, tak kisah betapa baik kita melayani mereka, ia tetap tidak akan menjamin awak akan dihormati pun,” tulisnya.

 

 

 

 

Sementara itu, menerusi hantaran yang sama, Catriona berkata dia tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu terjadi pada dirinya.

“Tapi Dr Say Shazril punya pengalaman ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya, alhamdulillah keluarganya selamat,” tulisnya.
image is not available

Terdahulu,  Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

Tidak hanya terhenti di situ, Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.

Disebabkan kejadian tersebut, Dr Say berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati menggunakan khidmat pembantu rumah.