(TERKINI) Anthony Loke Letak Jawatan Menteri Pengangkutan Susulan Keputusan Najib Jalani Tahanan Rumah

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 6:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta, menurut kenyataan media bertarikh 10 November 2026 yang dikongsikan.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mengaitkan keputusan itu dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah, selaras dengan pendirian yang diumumkannya sebelum ini.

Advertisement

Loke Letak Jawatan Menteri Pengangkutan

Menurut kenyataan berkenaan, peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta susulan perkembangan kes Najib di mahkamah.

“Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah dan selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.”

Loke turut menjelaskan bahawa keputusan tersebut berasaskan prinsip serta pendirian yang pernah dinyatakannya.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini.”

Sebelum ini, Bernama melaporkan pada 6 November bahawa Loke menetapkan peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib tiba di kediaman untuk menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah. LOKE

Hargai Kepercayaan Anwar Sejak Disember 2022

Dalam kenyataan sama, Loke merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas peluang untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri sejak Disember 2022.

“Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas sokongan sepanjang beliau menerajui kementerian itu.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang saya menerajui MOT.”

Loke Beri Komitmen Pastikan Peralihan Tugas Lancar

Meskipun mengumumkan peletakan jawatan, Loke menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama bagi memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar.

Komitmen itu turut merangkumi kesinambungan tanggungjawab serta inisiatif kementerian demi kepentingan rakyat.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.”

Selain itu, kami kongsikan pautan lain di bawag.

Editorial composite of Najib Razak on the right and a gated house on the left, illustrating the concept of house arrest.2026-11-10 17:49:35

(TERKINI) Mahkamah Tinggi Perintah Najib Jalani Tahanan Di Rumah, Berkuat Kuasa Serta-Merta

The post (TERKINI) Anthony Loke Letak Jawatan Menteri Pengangkutan Susulan Keputusan Najib Jalani Tahanan Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved