TERKINI: Kapal Terakhir Gelombang Pertama GSF, Marinette Dipintas Tentera Isra*l

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette telah dipintas oleh tentera Israel ketika di perairan antarabangsa sedang menuju ke Gaza.

Menerusi siaran langsung akaun Sumud Nusantara, visual terakhir daripada kamera di atas kapal tersebut memaparkan sekumpulan tentera Israel menaiki bot menghampiri dan memintas Marinette.

image is not available

Visual tersebut dilihat daripada paparan skrin di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) dan setakat ini, belum ada berita rasmi yang dikeluarkan oleh mereka.

Status Marinette dan keadaan sukarelawan yang menaiki kapal tersebut masih belum diketahui setakat ini namun tiada aktivis Malaysia yang berada di dalam kapal tersebut.

Sebelum ini, Marinette yang membawa meneruskan pelayaran meskipun 42 kapal lain telah dipintas tentera Israel dan tekad untuk tidak berpatah balik.

image is not available

Difahamkan, Marinette masih berada jauh kerana tiba lewat akibat kerosakan teknikal.

image is not available 2025-10-03 14:49:06

(VIDEO) Isra*l Sibuk Tahan GSF, Dunia Tersentuh Lihat Rakyat G Sempat Turun Laut Menjala Ikan