[Terkini] Kes Libas Remaja Guna Pisau: Tak Sangka Suspek Adik Sendiri – Kakak Ipar

21 Oct 2025 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sejak belakangan ini, ada sahaja kes jenayah dilaporkan di media sosial yang sering mendapat perhatian ramai.

Antara yang paling menjadi perhatian adalah kes buli dan rogol melibatkan pelajar sekolah yang dilihat semakin berleluasa.

Namun, kes jenayah lain seperti samun, mencuri dan bunuh melibatkan segelintir penjenayah juga tidak terkecuali.

Kadangkala, ada juga kejadian yang berlaku di luar jangkaan manusia contohnya seperti insiden tular seorang remaja cedera dilibas benda tajam oleh individu tidak dikenali ketika sedang membonceng motosikal di Tangga Batu, Tanjung Kling, Melaka petang semalam (20 Oktober).

Remaja Perempuan Alami Luka Sepanjang 7 Sentimenter (CM), Dilibas Individu Tak Dikenali

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa yang berusia 19 tahun mengalami luka sepanjang tujuh sentimeter pada bahagian belakang pinggang.

“Pemeriksaan oleh doktor di Zon Kuning Hospital Melaka mendapati kecederaan tersebut bukan akibat tikaman, sebaliknya seperti dilibas dengan objek tajam berdasarkan koyakan pada pakaian serta kesan luka yang panjang,” katanya.

Baru 3 Minggu Berpindah Ke Melaka, Tiada Perselisihan Faham Dengan individu Tak Dikenali

Jelas Christopher, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang baru tiga minggu bekerja di Melaka.

“Mangsa yang berasal dari Tangkak, Johor baru tiga minggu bekerja di sebuah kilang di sini dan mendakwa tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan sesiapa atau mengenali individu yang disyaki terlibat kerana dia tidak mempunyai kenalan di negeri ini,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Mangsa Sedang Bonceng Motosikal Sebelum Mengadu Sakit Pada Bahagian Belakang

Terangnya lagi, sebelum kejadian berlaku, mangsa telah membonceng motosikal bersama kakak iparnya dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Batu 9, Tangga Batu sebelum tiba-tiba terasa sakit pada bahagian belakang.

“Mangsa minta untuk berhenti di tepi jalan, pada masa sama kakak iparnya ternampak sebuah motosikal Yamaha LC V8 berwarna biru gelap dinaiki seorang lelaki memakai jaket dan topi keledar MS biru memecut laju dari arah belakang.

“Pasukan forensik telah mengambil dua sampel darah pada motosikal digunakan mangsa untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA),” katanya lagi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam.

Polis Sudah Tahan Suspek

Memetik Sinar Harian, suspek yang berusia 25 tahun bagaimanapun telah ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki melibas mangsa menggunakan parang.

“Ya kita dah tangkap suspek,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Difahamkan, suspek dijangka akan direman pada pagi ini (21 Oktober).

[Terkini] Suspek Rupanya Adik Kepada Kakak Ipar Mangsa

Dalam satu perkembangan terbaharu, Kosmo melaporkan suspek lelaki berkenaan rupanya merupakan adik kepada kakak ipar mangsa.

“Saya sendiri terkejut. Kami sekeluarga tak sangka langsung adik akan dikaitkan dengan kejadian macam ini,” katanya.

Malah jelas wanita yang dikenali sebagai Yati, dia tergamam apatah lagi adik lelakinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik.

“Mangsa (remaja perempuan) memang tinggal berhampiran dengan rumah mak kami di Tangga Batu, tapi saya duduk di Sungai Udang. Sebab itu bila dapat tahu, saya betul-betul tergamam.

“Adik saya sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, tak pernah cerita tentang tekanan atau masalah dengan sesiapa. Dia jenis biasa-biasa saja,” jelasnya.

Terang Yati lagi, keluarganya kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan dan memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan emosi kedua-dua pihak.

“Kami pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mangsa pun keluarga kami,” katanya lagi.

Suspek Sebenarnya Minat Pada Mangsa – Polis

Lebih mengejutkan, Christoper Patit mendedahkan suspek sebenarnya dipercayai menyimpan perasaan terhadap mangsa.

Ini berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan pada malam tadi (20 Oktober).

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek ini memberitahu dia minat pada mangsa.

“Bagaimanapun sama ada dia melibas mangsa kerana remaja itu menolak cintanya masih dalam siasatan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Source: