
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Institusi pendidikan ketika ini mendapat perhatian ramai susulan beberapa insiden yang berlaku melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Bukan sekadar kes buli, ia semakin membimbangkan ramai apabila turut melibatkan kejadian rogol serta bunuh yang berlaku di dalam kawasan sekolah.
Terbaharu, polis mengesahkan pula ada menerima laporan mengenai kejadian seorang murid Darjah Satu cedera dipukul murid Tahun Tiga di sebuah sekolah.
Polis terima laporan murid Tahun 1 dibuli murid Darjah 3 di Sekolah Seksyen 32
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian buli berkenaan berlaku di kantin Sekolah Seksyen 32 Shah Alam pada Rabu lalu (15 Oktober).
Menurutnya, pihak polis menerima satu laporan yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 9.15 hari yang sama kejadian berlaku.
Ujar Mohd Iqbal, dalam laporan itu, ibu mangsa mendakwa anaknya telah dipukul ketika berada di kantin sekolah terbabit pada sekitar jam 3 petang.
Mangsa dirawat di hospital, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Jelasnya lagi, mangsa kini berada di Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil
“Siasatan mendapati, murid berkenaan dipukul dua murid Tahun Tiga. Polis masih menyiasat punca kejadian dan kecederaan dialami mangsa,” katanya dipetik Berita Harian.
Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya.
Tular di Threads wanita dakwa anak jadi mangsa buli, dipijak hingga hidung berdarah
Terdahulu, tular di media sosial luahan seorang wanita yang mendakwa anaknya menjadi mangsa buli dengan dipijak sehingga berdarah di hidung.
Wanita itu turut berkongsi gambar kesan kotor pada baju sekolah anaknya dan foto murid itu yang sedang dirawat di hospital selain memaklumkan laporan polis juga sudah dibuat.
Perkongsian yang dimuat naik di laman Threads itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial bersimpati terhadap nasib kanak-kanak itu.
Baca Artikel Berkaitan: Lagi Kes Rogol Berkumpulan Di Sekolah, 3 Pelajar & Bekas Pelajar Ditahan Polis
Baca Artikel Berkaitan: Kes Pelajar Maut Ditikam: Ibu Mangsa Dedah 200 Kesan Tikaman Ditemui Pada Tubuh Anak
Source:

![Wanita Sedih Ditipu Scammer Menyamar Dari MOTAC, Rugi RM1,300 Untuk 10 Bakul Hiasan Buah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sales-and-promo.jpeg)
