Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan dari sebarang pertuduhan dan tidak akan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq dijangka disampaikan pada jam 9 pagi oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
View this post on Instagram
Rayuan itu didengar selama dua hari dan pihak-pihak selesai berhujah pada 12 Disember 2025. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Syed Saddiq diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Kes itu membabitkan dakwaan bersubahat pecah amanah dana ARMADA berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise serta dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah Titip Doa Buat Syed Saddiq, Harap Keadilan Berpihak Kepadanya Menjelang Keputusan Rayuan
The post (TERKINI) Kes Penyelewengan Dana ARMADA, Syed Saddiq Ditangguhkan Ke 13 Julai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






