[TERKINI] “Kini dah tak perlu lekat road tax pada kereta”- Menteri Pengangkutan

LocalCars
10 Feb 2023 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan pemilik kenderaan persendirian kini tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan atau ‘road tax’ di kenderaan masing-masing bermula hari ini.

Menurut Utusan Online, dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, ia difahamkan merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

image is not available

Tambahnya lagi, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan sebelum ini yang memperuntukan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan akan tidak dikuatkuasakan lagi.

Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.

Boleh periksa lesen memandu dan cukai jalan di aplikasi MyJPJ

Menerusi perkongsian Twitter @paultantk, warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau lebih mudah dengan aplikasi MyJPJ.

Paparan lesen memandu dan lesen kenderaan motor boleh dilihat di bahagian profile seperti di bawah:

Korang boleh saja download aplikasi ini di Apple Store dan PlayStore serta mencubanya sendiri. Memang memudahkan dan tak perlu gelabah lagi kalau lupa bawa lesen memandu tau!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.