
Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry, dilaporkan mendapat kelulusan rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya selepas memperoleh status pemain naturalisasi.
Kelulusan itu difahamkan diputuskan FIFA Tribunal hari ini, sekali gus membuka laluan buat pemain berkenaan menyarung jersi kebangsaan Malaysia.
Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry, mendapat lampu hijau daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya selepas memperoleh status pemain naturalisasi.
🚨Approved, pertahanan JDT Shane Lowry mendapat kebenaran rasmi daripada FIFA untuk mewakili Harimau Malaya selepas bergelar pemain naturalisasi. Keputusan FIFA Tribunal diterima FAM hari ini. 🇦🇺🇲🇾✔️ @ASTROARENA https://t.co/o30gTiFzLN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 13, 2026
Difahamkan, keputusan berhubung kelayakan pemain kelahiran Australia itu dibuat oleh FIFA Tribunal hari ini, sekali gus menamatkan penantian terhadap statusnya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
Perkembangan itu hadir selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melengkapkan dokumentasi berkaitan proses naturalisasi Lowry sebelum dikemukakan kepada FIFA untuk semakan dan kelulusan.
Lowry menyertai JDT pada 2021 dan sudah melengkapkan tempoh lima tahun menetap di Malaysia, sekali gus membuka laluan untuk proses naturalisasi serta permohonan kelayakan mewakili Harimau Malaya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan dokumen berkaitan pemain pertahanan itu sudah dikemukakan kepada FIFA dan pihaknya hanya menunggu keputusan rasmi badan induk bola sepak dunia berkenaan.
Kelulusan itu turut melengkapkan senarai pemain JDT yang sebelum ini melalui proses semakan FIFA, selepas Bergson da Silva, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo terlebih dahulu mendapat pengesahan kelayakan untuk mewakili Malaysia.
Kehadiran Lowry dijangka memberikan satu lagi pilihan kepada barisan pertahanan Harimau Malaya, khususnya berdasarkan pengalaman luasnya bersama JDT dalam saingan domestik dan antarabangsa.





