Bebas kecederaan, Endrick Dos Santos membara sarung jersi Harimau Malaya

11 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Bebas kecederaan, Endrick Dos Santos membara sarung jersi Harimau Malaya

Tonggak tengah naturalisasi negara, Endrick Dos Santos, menyifatkan satu penghormatan besar buat dirinya apabila setiap kali dipanggil menyertai kem Harimau Malaya.

Tanpa berselindung, kapten Star City itu mengakui tidak sabar untuk kembali memperkuatkan Malaysia selepas terpaksa diketepikan susulan kecederaan ligamen medial kolateral (MCL) ketika saingan Piala Hyundai ASEAN 2026, Julai lalu.

Tonggak berusia 31 tahun itu turut memasang impian membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe tersebut mencapai keputusan positif dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan Yaman, di Guangdong, China, pada Sabtu ini dan Selasa depan. 

"Saya 100 peratus bersedia dan kini bebas kecederaan.

"Tiga perlawanan bersama kelab adalah bagus -- dua kemenangan dan satu kekalahan tipis -- kerana saya sentiasa ingin berikan yang terbaik buat kelab, begitu juga ketika bersama Harimau Malaya," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved