(TERKINI) Tak Sampai 2 Tahun Bersama, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa minggu lalu, tular berita mengenai pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof memfailkan penceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais sewaktu dihubungi oleh pihak media.

image is not available

Terkini, pasangan tersebut telah pun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Biarpun belum sampai dua tahun mendirikan rumah tangga, kedua-dua pihak difahamkan sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Bahkan, mahkamah turut mengesahkan wujudnya pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat oleh Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

image is not available

image is not available

image is not available

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar berkahwin di Songkhla, Thailand pada 6 Januari 2023.

image is not available 3 weeks ago

Sah..Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin