Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam untuk pemerhatian, menurut anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perkembangan itu berlaku sehari selepas isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun.

Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, Isnin, sebelum jenazahnya selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada petang hari sama.
Sebelum ini, anak Allahyarham, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata keluarga terkejut dengan pemergian ibunya kerana Tun Dr Siti Hasmah kelihatan ceria ketika mendapatkan rawatan di IJN sehari sebelum itu.
Mengenai keadaan Tun Dr Mahathir, Mokhzani berkata bapanya berada dalam keadaan baik, namun mengakui hari pemergian ibunya merupakan hari yang sangat luar biasa buat keluarga mereka. – BERNAMA
Berita lanjut menyusul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ayah Rasa Sangat Keseorangan Sekarang" - Marina Kongsi Keadaan Terkini Tun Mahathir Selepas Kehilangan Isteri Tercinta
The post (TERKINI) Tun Dr Mahathir Mohamad Dimasukkan Ke IJN – Mukhriz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




![“Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/majlis-bacaan-yasin-Tun-Dr-Hasmah-di-Roblox-1024x521.jpeg?t=1790838025)

