'Terlalu awal untuk rombakan Kabinet' - Anwar

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Terlalu awal untuk rombakan Kabinet' - Anwar
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet, susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini.

"Terlalu awal,” demikian kata beliau ringkas, ketika ditanya sama ada kerajaan akan melaksanakan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, di sini.

Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Disember 2023 dan serentak dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar, sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved