Terlalu Rindukan Pemergian Rakan, Pemuda Main Game Yang Sama Setiap Minggu

Entertainment
30 Jun 2024 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rindu yang tiada penghujung. Itulah yang dihadapi seorang lelaki apabila rakan baiknya pergi untuk selamanya.

Mereka dikatakan banyak menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan video papan luncur dan segala perbualan dirakamkan.

Tujuh tahun pemergian rakannya itu, lelaki berkenaan tidak pernah terlepas untuk bermain game berkenaan setiap minggu kerana merindukan sahabatnya.

Menyimpan data permainan video itu, lelaki itu akan mengulang babak permainan itu berkali-kali kerana mahu melihat rakannya bermain karekter di dalam game.

Lelaki itu akan mengikuti karekter rakannya itu seakan bermain secara langsung walaupun itu hanyalah sekadar ulang video.

Rata-rata netizen sebak melihat video yang tular di TikTok itu.

Benarlah jika kita rindukan seseorang itu kita akan terkenang dan mengingatinya walaupun telah pergi selamanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.