Terlalu ‘Terbuka’ Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati – “Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu..”

LocalEntertainment
21 Sep 2026 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman mengakui tidak pernah berasa malu dengan pandangan masyarakat selepas dibebaskan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menurut Yasin, sepanjang tiga minggu sejak meninggalkan pusat rawatan itu, dia menerima layanan baik daripada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Advertisement
View this post on Instagram

“Buat apa nak malu? Saya tidak melakukan jenayah. Jadi, saya tahu bahawa saya bukan seorang penjenayah dan apa yang saya lakukan itu bukan satu jenayah.

“Kes saya tidak mempunyai mangsa. Bagaimana saya hendak dianggap sebagai penjenayah kalau tiada mangsa? Kalau jenayah itu berlaku, mesti ada mangsa.”

Bagaimanapun, Yasin mengakui kesal kerana pernah melanggar undang-undang dan berjanji tidak akan mengulanginya.

“Sudah tentu saya kesal dan menyesal kerana telah melanggar undang-undang. Selepas apa yang berlaku, saya tidak akan melanggar undang-undang lagi.”

Yasin sebelum ini dibebaskan dari Hospital Bahagia selepas menjalani rawatan selama tiga tahun empat bulan.

Namun, kenyataan dan penampilannya dalam beberapa podcast turut mengundang reaksi netizen yang berpendapat penyanyi itu perlu lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan selepas dibebaskan.

View this post on Instagram

Seorang netizen menulis:

“Yasin Sulaiman ni macam banyak sangat bercakap dlm merata podcast. Kalau aku jadi dia maybe aku santai santai dulu kot. Baru terlepas hukuman besar tu.. risau je

kang mahkamah bukak kes dia balik dah pishanggg”

Seorang lagi pula berpendapat Yasin seharusnya lebih berhati-hati dan bersyukur dengan peluang yang diterimanya.

“Sepatutnya dapat peluang bebas banyakkan bersyukur. Bukan membongak diri bercerita sana sini. Satu dalam sejuta ni kes 39B bole bebas. Jgn nanti ada appeal lagi sudah!”

Komen-komen tersebut bagaimanapun merupakan pandangan pengguna media sosial dan bukan kenyataan rasmi mengenai status undang-undang kes Yasin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Terlalu ‘Terbuka’ Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati – “Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu..”2026-09-21 11:51:49

Surat Chester Bennington Kepada Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun

The post Terlalu ‘Terbuka’ Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati – “Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved