Terlibat Dalam ‘Perjanjian Damai’ Bersama Donald Trump, Nama PMX Menjadi Perhatian Dunia!

LocalPolitics
28 Oct 2025 • 4:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Nama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kini menjadi bualan ramai, khususnya selepas mengetuai Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47 yang turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta beberapa lagi pencapaiannya yang lain.

Kehadiran Trump bukan sesuatu yang kecil bagi ekonomi Asia Tenggara yang bergantung kepada pasaran AS.

image is not available

Ia memberi peluang kepada negara lain seperti Thailand dan Vietnam untuk berbincang mengenai butiran dan mendapatkan jaminan berhubung tarif sesuatu yang dianggap kemenangan buat mereka.

PMX juga amat aktif di pentas diplomatik, dalam tahun pertamanya sebagai perdana menteri, beliau melawat semua negara ASEAN kecuali Myanmar, yang masih bergolak akibat perang saudara sejak tentera merampas kuasa pada tahun 2021.

Peranannya dalam gencatan senjata Thailand-Kemboja yang turut disertai Trump itu turut meningkatkan reputasi PMX di mata dunia.

Malah, PMX juga berpendirian tegas terhadap perjuangan Palestin, yang semakin lantang sejak perang di Gaza bermula pada tahun 2023.

“Satu perkara yang Presiden nyatakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum beliau berlepas hari ini ialah beliau sangat gembira kerana seluruh dunia mendapat peluang melihat betapa hebatnya Malaysia,” kata duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Presiden Trump tertarik dengan apa yang disaksikannya semasa lawatan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN.

Kagan berkata, lawatan itu menunjukkan Malaysia bukan sahaja sebuah destinasi hebat untuk dikunjungi tetapi juga rakan kongsi yang kuat kepada Amerika Syarikat.

Sumber: BBC, Harian Metro

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.