
Musim sejuk merupakan keadaan di mana berlakunya penurunan suhu, salji serta waktu siang menjadi lebih panjang di Hemisfera Selatan dan sering terjadi di Hemisfera Utara.
Apabila tibanya musim sejuk, ramai yang seronok bermain salji atau bina manusia salji, namun tidak dinafikan ada yang sangat bimbang dengan keadaan haiwan peliharaan.
Perkara sedemikian pastinya merunsingkan pemilik kucing kerana mereka perlu memikirkan cara untuk memastikan haiwan peliharaan berada dalam keadaan hangat ketika cuaca sejuk.
Sekiranya tidak diberi penjagaan dengan baik, kemungkinan kucing tersebut akan mati kerana tidak mempunyai tempat untuk menghangatkan diri walaupun sudah terbiasa menghabiskan masa di luar.
Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang menunjukkan kelibat seekor kucing berwarna kelabu yang kelihatan seperti sedang nyenyak tidur di luar yang dipenuhi salji.
Namun apabila diteliti rupanya ia dipercayai telah mati kesejukan dalam keadaan memeluk dirinya, mungkin cuba bertahan dalam cuaca sejuk sambil menghangatkan diri.
Video tersebut tular di media sosial, kerana ramai yang tidak menyangka pengakhiran rakaman yang menyedihkan itu akan menyentuh perasaan mereka.

Ciapan yang dibuat oleh @ndagels di laman Twitter telah mencecah 1.5 juta tontonan, selain mendapat 36,100 tanda suka daripada orang ramai setakat artikel ini ditulis.
Andaian warganet
Rata-rata warganet berasa sedih selepas menonton video tersebut dan hampir tidak dapat menerima kenyataan bahawa kucing yang tidak berdosa itu telah mati dalam kesejukan.
“Jangan bercakap dengan saya, saya sedang menangis,” kata @guicide_ meluahkan perasaannya menggunakan ‘meme’.
“Ya Allah, macam mana tak ada orang tahu dia ada dekat luar sampai mati membeku,” tulis @esscoklat_ dengan emoji sedih di hujungnya.
Pengguna Twitter @justforfunyo1 membuat andaian bahawa kucing itu kemungkinan mahu membuka pintu tetapi tidak dapat dibuka kerana tidak mempunyai cara yang sesuai.
“Jika dilihat pada tanah (bersalji), dia kelihatan seperti melompat-lompat untuk pulang ke rumah tetapi dia tidak dapat. Akhirnya dia cuba membuka pintu yang digali di sudut sehingga dia letih dan mungkin dehidrasi dan akhirnya mati,” katanya.
Memetik Daily Paws, DVM di Pusat Kesejahteraan Veterinar New York Michael Arpino berkata kebanyakan kucing mengendalikan suhu dengan baik dan sekiranya haiwan itu biasa menghabiskan masa di luar rumah, dia akan tahu bila masanya untuk masuk semula.
Oleh itu, pemilik kucing mestilah menjaga kebajikan kucing dengan lebih tertib khususnya pada musim sejuk dan tidak membiarkan ia kesejukan dalam suhu yang melampau.
NOOO
pic.twitter.com/K993WbPUZj
— Mas Adem (@ndagels) December 18, 2022
Sumber: @ndagels via Twitter
The post Terlihat Seperti Tidur, Rupanya Kucing Ini Dipercayai Mati Kesejukan appeared first on Siakap Keli.



