Terpaksa Berendam Dalam Parit Selama 2 Malam, Warga Emas Yang Dilaporkan Hilang Sejak Khamis Lalu Ditemui Selamat

Entertainment
6 Apr 2025 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang warga emas berusia 79 tahun yang hilang sejak Khamis lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di dalam sebuah parit berdekatan Kampung Parit Kassim, Batu Pahat, Johor.

Menurut laporan Berita Harian, warga emas tersebut, Taib Ahmad telah diselamatkan penduduk berdekatan kampung tersebut dan sebelum diselamatkan, dia telah ditemui oleh penduduk dalam keadaan menggigil dalam parit di kawasan kebun sawit.

Difahamkan, mangsa telah terjatuh ke dalam parit tersebut setelah tersesat ketika mahu pulang ke rumah. Dia terpaksa berendam di dalam parit itu sehingga menyebabkan kedua-dua tapak kakinya kecut.

Mangsa tidak dapat memanjat keluar dari parit itu meskipun mencuba kerana tidak berdaya untuk berbuat demikian.

image is not available

Penduduk kampung yang membantu mangsa untuk keluar dari parit tersebut kemudiannya telah menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hsopital berdekatan untuk rawatan.

Anak mangsa, Nazhaida Taib turut meluahkan rasa berterima kasihnya kepada penduduk kampung yang membantu bapanya dengan memberi minum dan makan setelah diselamatkan kerana warga emas berkenaan sudah beberapa hari tidak makan sepanjang tempoh mangsa terjatuh ke dalam parit tersebut.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.