Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan

23 Sep 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

"Kami terputus bekalan makanan sejak dua hari lalu hingga saya terpaksa pajak telefon bimbit untuk mendapatkan RM80 bagi membeli barang dapur," kata Norazifa Othman, 40.

Diserang Angin Ahmar
















"Saya tidak sangka nasib kami seperti jatuh ditimpa tangga apabila saya diserang angin ahmar hingga mengakibatkan saya tidak mampu memberi penjagaan sempurna kepada Muhammad Farhan.

"Kini suami perlu menjaga kepada kami berdua kerana selain mata saya bermasalah, pergerakan saya juga bukan seperti dulu kerana kaki menjadi lemah.

"Doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan saya mengalami darah beku di otak dan berisiko diserang angin ahmar kali kedua.

"Buat masa ini saya memang perlu berehat dan kami tiada pilihan melainkan memajak telefon bimbit saya bagi mendapatkan wang RM80 pada hari ini," katanya.

Nor Azifa akui wang hasil pajak telefon berkenaan tidak mampu menampung perbelanjaan pembelian barangan bagi anak perempuannya untuk dibawa ke asrama.

"Dia tidak memiliki wang belanja namun anak saya sabar dan menyatakan memahami situasi keluarga serta hari ini dia pulang ke asrama.

"Hati saya memang berat memikirkan nasibnya namun hanya mampu berdoa supaya Allah membuka rezeki bagi keluarga kami.

"Saya harap dapat sembuh dengan cepat dan kembali bekerja sebagai tukang urut bagi meringankan beban keluarga," katanya yang tinggal di Blok G, tingkat 4, Jalan Rawa 1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Perling, Johor Bahru.

Orang ramai yang boleh menyalurkan bantuan kepada Nor Azifa menerusi akaun milik Norazifa di Bank Simpanan Nasional (BSN) di 0113541100018447 atau hubungi talian 017-364 6326.

Sumber: Harian Metro