Terpedaya Dengan Teman Wanita, Jurutera Rugi Lebih RM 1.5 Juta Sertai Pelaburan Tak Wujud

Entertainment
7 Jun 2025 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang jurutera lelaki berusia 40 tahun mengalami kerugian besar lebih RM1.5 juta selepas terjebak dalam sindiket pelaburan palsu yang diperkenalkan oleh teman wanitanya sendiri.

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa mula berkenalan dengan wanita itu pada November tahun lalu. Tidak lama selepas itu, dia dipelawa menyertai satu skim pelaburan saham menerusi aplikasi khas yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi beberapa pakej pelaburan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa tertarik dengan tawaran tersebut dan terus melabur sebanyak RM90,510, yang kononnya menghasilkan keuntungan awal RM108,611.

image is not available

Tertarik dengan pulangan pantas itu, mangsa semakin yakin dan mula membuat lebih banyak transaksi. Dalam tempoh 2 Disember hingga 8 Mac, mangsa telah membuat 103 transaksi wang ke dalam 31 akaun berbeza, keseluruhannya melebihi RM1.5 juta.

Namun mimpi indah itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mangsa gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan mencecah RM4.1 juta daripada aplikasi tersebut.

Lebih mengejutkan, dia diminta untuk menambah lagi modal sekiranya mahu membuat pengeluaran.

Sedar telah ditipu, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah semalam.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis pelaburan tidak sah, lebih-lebih lagi jika melibatkan individu yang baru dikenali secara dalam talian.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.