Terperangkap Dalam Paip Air Atas Jambatan, Operasi Selamatkan Anak Kucing Ini Tarik Perhatian Ramai

Entertainment
15 Dec 2024 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anggota Bomba dan Penyelamat Bayan Baru telah menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip di sebuah jambatan di Pulai Pinang, petang semalam.

Operasi menyelamatkan anak kucing itu telah menjadi perhatian ramai warganet terutamanya pencinta kucing.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung anak kucing tersebut dari orang awam semalam sekitar jam 3 petang.

image is not available

Pihak bomba kemudiannya telah ke lokasi kejadian iaitu di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menyelamatkan si bulus itu.

Pihak bomba telah menyelamatkan anak kucing itu dengan menurunkan anggota bomba menggunakan kaedah rappelling pada sisi tepi pembahagi jambatan.

image is not available

Difahamkan, paip saluran jenis PVC itu telah dipotong untuk mengeluarkan anak kucing yang terperangkap itu setelah anggota bomba diturunkan 20 meter ke kedudukan anak kucing berkenaan.

Operasi menyelamatkan si comel itu selesai dengan selamat dalam masa 44 minit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.