“Terpulang.. Kalau Nak Boikot Suka Hatilah” – Ernie Zakri

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, baru-baru ini, penyanyi, Ernie Zakri tidak menghalang jika netizen memilih untuk memboikot dirinya susulan menjadi ‘dulang girls’ ketika majlis pernikahan penyanyi dan pelakon, Amira Othman, baru-baru ini.

“Nak boikot suka hatilah..”

Menurut Ernie atau nama sebenar, Ernie Shahirah Zakri, dia tidak merasakan kehadirannya termasuk selebriti yang lain di majlis tersebut dijadikan sebagai satu isu besar.

Saya tak boleh nak halang. Bukanlah saya cakap sebab nak sombong, takkan saya nak ambil telefon kata jangan boikot saya. Saya hanya datang majlis itu untuk menyokong kawan saya yang mendirikan rumah tangga tiada niat lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

Setiap orang mempunyai pendapat sendiri

Mengulas secara lanjut mengenai tindakan sesetengah individu yang terlalu cepat menilai tanpa mengetahui keseluruhan cerita, Ernie berkata setiap orang mempunyai pendapat serta cita rasa sendiri.

Macam kelakar, bila kita tak pernah ada dalam kehidupan mereka, kita pula yang lebih tahu dan memilih untuk berada di pihak siapa.

image is not available 2025-09-19 16:40:41

Netizen Mahu Boikot 'Dulang Girls' Amira Othman, Akhirnya Hawa Rizwana Respon - "Kalau Rasa Tak Suka, Jangan..."

View Original Article