Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang

19 Dec 2024 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekumpulan penunggang motosikal tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara ribut.

PUTRAJAYA - Sekumpulan penunggang motosikal terpaksa memberhentikan motosikal di atas jambatan Pulau Pinang susulan angin kencang.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan pengguna media sosial, Matoqa, kejadian itu berlaku jam 7 petang semalam.

"Melelong semua (yang) bawa motosikal, semoga semua selamat sampai ke destinasi," tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komentar, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman serupa.

"Saya pun berada di jambatan tadi, angin memang kuat, kesian penunggang motosikal," tulis Eina Shah.

Cef Pengukir berkata, kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

"Apabila angin kuat, memang seram bawa motosikal sampai kena hon," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved