Tersalah Curi Kereta Ada Budak Sekolah, Individu Teruk Dibelasah Orang Awam

Entertainment
1 Nov 2023 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara cubaan mencuri sebuah kereta yang mempunyai pelajar sekolah di dalamnya, seorang individu yang tak dikenali telah ditangkap dan dipukul oleh orang ramai.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah itu dikatakan terjadi kira-kira jam 5 petang pada Selasa (semalam), yang mana ketika itu terdapat enam orang kanak-kanak di dalam kenderaan tersebut.

Menurut sebuah video yang tular di X, kelihatan beberapa orang lelaki menangkap individu tersebut dari dalam kereta dan membelasahnya di tepi jalan.

Kedengaran juga tangisan didakwa pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian, trauma dengan perkara yang berlaku di depan mata.

Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin dalam satu kenyataan berkata, suspek melarikan kereta berkenaan di hadapan sebuah kedai runcit tepi jalan di Kampung Pinousuk.

Namun usahanya melarikan kereta itu berjaya dihalang apabila suspek ditahan pihak polis berdekat Sekolah Kebangsaan Pinousuk, Ranau, kira-kira 15km dari lokasi kereta itu dicuri.

Sementara itu, enam orang kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

image is not available

Menurut sumber, suspek sebenarnya dikatakan hanya berniat mahu mencuri kereta berkenaan, namun tidak menyangka ada beberapa budak di dalam kereta itu sebelum dibelasah orang ramai.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 kanun yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini bolehlah salurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” kata pihak polis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.