“Tersangkut pada jaring” – Guru Hilang 3 Hari Ditemui Maut Di Sungai Pahang

Entertainment
26 Nov 2024 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru hilang sejak Ahad lalu akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di mana dia ditemui maut di Sungai Pahang.

Difahamkan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang iaitu Murdani Bin Abd Rahman itu ditemui tersangkut pada jaring kira-kira 300 meter dari rumah rakit di Jeti Chenor, kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, mengesahkan pertemuan mayat guru terbabit.

“Pengecaman pun dapat disahkan oleh keluarga dan saya akan maklumkan fakta kes sekejap lagi.” katanya.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu dilaporkan terjatuh ke Sungai Pahang ketika memancing bersama seorang rakan di rumah rakit dekat jeti Chenor, kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nooradiwati Mohamed, bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 19, serta empat anak berusia antara 17 dan 28 tahun.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.