Tersebar Kini Dokumen Sulit AS Mendakwa CIA Ada Pejabat Rahsia Di Kuala Lumpur Dan Kuching

20 Mar 2025 • 3:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dokumen Rahsia JFK Dedah CIA Pernah Ada Pejabat di Rantau Malaysia

Baru-baru ini, ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy (JFK), didedahkan, termasuk maklumat bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) pernah memiliki dua Pejabat Medan di Malaysia – satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kuching, Sarawak, memetik Mynewshub.

image is not available

Pejabat-pejabat ini adalah sebahagian daripada rangkaian global CIA yang merangkumi 84 negara, namun butiran spesifik mengenai operasi mereka di Malaysia tidak didedahkan sepenuhnya.

Pendedahan ini menunjukkan kepentingan strategik Malaysia dalam perisikan global, terutama ketika era Perang Dingin.

Dokumen ini merupakan sebahagian daripada ribuan fail berkaitan kes pembunuhan JFK pada tahun 1963.

image is not available

image is not available

Pada 17 Disember 2022, AS telah mendedahkan 13,173 dokumen, sementara pada 11 Februari 2025, FBI mendedahkan lebih banyak fail yang sebelum ini dirahsiakan.

Pendedahan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai hubungan diplomatik Malaysia-AS pada masa lalu, termasuk sejauh mana kerajaan Malaysia ketika itu menyedari kewujudan dan peranan pejabat CIA di negara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Berjaya Sambung Pelajaran Ke MIT Dalam Jurusan Sains Komputer , Ini Kejayaan Luar Biasa Adik Leia Mayssa