Tersekat Di Kerongkong Ketika Makan Sotong Hidup, Warga Emas Maut Kena Serangan Jantung

Entertainment
27 Oct 2023 • 6:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau anda perasan, trend makan makanan laut yang masih hidup telah menjadi kegilaan segelintir individu yang mahukan kelainan ketika menjamu selera. Ramai juga YouTuber luar negara yang turut membuat konten mukbang makan hidangan laut yang masih hidup.

Salah satunya adalah hidangan sotong hidup yang popular di Korea.

image is not available
Gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas di Korea maut kerana serangan jantung selepas didakwa tercekik sotong hidup yang dijamahnya.

Pada awalnya lelaki yang berusia 82 tahun itu makan sotong hidup di bandar Gwangju, Korea Selatan sebelum sotong itu tercekik di kerongkongnya.

Setelah pasukan paramedik sampai di lokasi kejadian, warga emas itu sudah mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal di hospital tempatan.

Popular dengan nama san-nakji, ia merupakan hidangan sotong mentah yang dicincang halus kemudian diletakkan minyak bijan sebelum ia boleh dimakan.

Mungkin disebbakan tekstur sotong hidup itu agak liat dan potongannya tidak mengikut cara yang betul membuatkan ia sukar untuk dikunyah, ditelan dan akhirnya boleh menyebabkan individu yang menjamahnya tercekik.

Menurut laporan oleh Jabatan Bomba dan Bencana Seoul dari tahun 2007 sehingga 2012, tiga individu telah maut di Korea Selatan akibat tercekik sorong hidup itu.

Orang awam juga dinasihatkan jika mahu mencuba makan sotong hidup, pastikan ianya dicincang halus terutama sekali di bahagian sesungut sotong tersebut bagi mengelakkan risiko tercekik.

Sumber: Korea Herald

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.