“Tersembul Sana Sini” – Sambut Anniversary Ke-20, Netizen Kecam Pemakaian Anak Perempuan Liana Rosli

26 Dec 2022 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak kepada seniwati Normah Damanhuri, Liana Rosli ada menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 tahun.

Liana atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM itu dilihat memuat naik video momen-momen ketika majlis ulang tahun perkahwinan yang turut dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Bertemakan putih suci, Kak KM bersama suami dan anak-anak kelihatan anggun dan cantik dalam busana perkahwinan bertemakan inggeris itu.

Namun begitu, menjengah ruangan komen, netizen ramai mengkritik pemakaian anak-anak Kak KM yang didakwa terlampau seksi kerana menampakkan payu dara.

Tak sanggup tengok baju anak-anak perempuannya, MasyaAllah..

Anak-anak semua cantik-cantik hensem belaka. Kak KM pun cantik sangat. Tapi terlalu barat untuk saya yang ketimuran ni.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendoakan agar Kak KM sekeluarga dipertemukan dengan hidayah Allah S.W.T kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Aliff Aziz Didakwa Tak Restu Sertai Famili Duo, Ini Jawapan Bella Astillah