
SERDANG – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dia pandu dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Persiaran Mardi – UPM, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.11 malam tadi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa berusia lingkungan 30-an.
“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi sekitar pukul 10.28 malam.
“Mangsa didapati tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan pada pukul 10.55 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Tersepit hampir sejam, pemandu Vios maut langgar pokok appeared first on Kosmo Digital.






